Indonesia Perkenal Semula Lawatan Tanpa Visa Untuk Warga ASEAN

6 Apr 2022 • 12:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suasana di Pelabuhan Sunda Kelapa, di Jakarta. - Gambar AFP

JAKARTA - Kerajaan Indonesia memperkenalkan semula dasar lawatan tanpa visa untuk rakyat dari negara anggota ASEAN, lapor Xinhua, memetik Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia pada Selasa.

“Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota ASEAN yang lain boleh masuk tanpa visa,” kata Pengarah Trafik Imigresen, Amran Aris.

Mereka hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan, dan menggunakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon mudah alih. 

Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR semasa ketibaan jika lulus pemeriksaan suhu.

Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Yogyakarta, Makassar, Medan dan Pekan Baru telah dibuka semula. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved