2 juta pengguna LDP, SPRINT nikmati diskaun tol sempena Aidilfitri

29 Apr 2022 • 7:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Hampir dua juta pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus dan 30 peratus menjelang Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Sazally Saidi berkata, pemberian diskaun itu dilaksanakan pada 30 April (Sabtu) hingga 1 Mei (Ahad) dan 7 Mei hingga 8 Mei ini.

Menurutnya, inisiatif pemberian diskaun tol telah dilaksanakan sejak 2010 bagi memberikan manfaat kepada pengguna selain berkongsi kegembiraan menyambut Syawal.

"Sejak 2010 hingga 2021, Litrak dan SPRINT telah memberikan hampir RM15.5 juta subsidi tol kepada 22.4 juta pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

"Hampir 2 juta pengguna LDP dan SPRINT akan menerima manfaat daripada sejumlah RM1.96 juta subsidi tol yang akan diberikan pada musim Aidilfitri tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

**media[1681203]**

Beliau mewakili Litrak mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan menasihati pengguna jalan raya agar mengamalkan pemanduan yang selamat.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tol percuma serta potongan harga hingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya.

Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu selaras fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved