Annuar Musa kongsi gambar tablet PerantiSiswa, katanya sesi permohonan dibuka seawal 15 April 2022

4 Apr 2022 • 12:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda sedang nanti-nantikan pelancaran insiatif PerantiSiswa yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 tempoh hari, Men-KOMM Annuar Musa ada berkongsikan perkembangan terbaharu berkaitannya. Dalam satu Tweet yang diutuskan, terdapat tiga keping gambar tablet yang dikatakan akan diberikan kepada pemohon yang layak.

image is not available

Daripada gambar tersebut, tidak banyak maklumat yang boleh dikongsikan kerana ia tidaklah beroperasi.

Apa yang kita boleh perhatikan adalah papan kekunci dan stailus adalah daripada jenis OEM. Papan kekunci itu boleh anda dapatkan secara dalam talian pada harga kurang daripada RM50.

image is not available

Diharapkan yang kontraktor pembekalan boleh memenuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan. Hal ini kerana, papan kekunci itu diiklankan sebagai 9.7" sedangkan KOMM menetapkan tablet perlulah sekurang-kurangnya 10.1".

Lain-lain spesifikasi yang perlu dipenuhi adalah RAM sekurang-kurangnya 4GB.

image is not available

Maklumat yang kita ada setakat ini adalah sebanyak RM450 juta diperuntukan untuk dimanfaatkan 400 ribu pelajar. Ia diterjemahkan kepada peruntukan RM1,125/pelajar.

Bacaan berkaitan