Google Turut Menawarkan Kit Alat Ganti Pixel Menerusi iFixit

TechnologyDigital
9 Apr 2022 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di Amerika Syarikat gerakan hak untuk membaiki peranti semakin mendapat sokongan senat. Pengeluar peranti akan diwajibkan membaiki peranti mereka atau membenarkan kerosakan dibaiki oleh pengguna di luar saluran rasmi bagi mendapatkan harga yang lebih mampu milik. Google hari ini bekerjasama dengan iFixit untuk menawarkan kit alat ganti untuk peranti Pixel.

image is not available

Kit alat ganti untuk peranti Google Pixel 2 hingga Google Pixel 6 Pro akan ditawarkan bagi menukar skrin, bateri, modul kamera dan banyak lagi. Pada peringkat awal kit akan ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan EU menjelang penghujung 2022.

Dengan ini Google mengikuti langkah Samsung dan Motorola yang turut menawarkan kit alat ganti untuk membaiki kerosakan peranti di rumah.