Penang FC masih buru kemenangan pertama

Football
18 Apr 2022 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENANG FC digesa memperbaiki kelemahan dan yakin dengan kebolehan pasukan selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super tanpa sebarang kemenangan

Malah menurut pengendalinya, Tomas Trucha, para pemain Harimau Kumbang perlu terus berlatih dan berusaha memburu kemenangan pertama liga musim ini.

“Saya akan membuat analisis permainan bersama pemain dan mahu mereka kenal pasti dan perbaiki kesilapan masing-masing dalam perlawanan seterusnya, agar kita dapat mencipta kemenangan pertama musim ini,” katanya selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Ahad.

Trucha berkata, Harimau Kumbang juga kehilangan tiga pemain utama iaitu Anselmo Arruda da Silva, Rafael Vitor Santos de Freitas dan Muhammad Adib Abdul Ra’op akibat kecederaan pada perlawanan tersebut.

“Ketiga-tiga mereka adalah tonggak kesebelasan utama jadi kecederaan mereka memaksa kami mengubah corak permainan dan kami memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bandaraya itu, skuad bimbingan Trucha terlebih dulu mendahului kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama, namun dua gol cetusan penyerang Kedah, Ronald Ngah Wanja, menyekat kemaraan tuan rumah yang terpaksa berputih mata dengan kekalahan1-2.

Sementara itu, pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak berkata, mentaliti para pemainnya adalah untuk menang dalam perlawanan tersebut.

Katanya, beliau telah membuat pertukaran strategi bagi menghadapi Penang FC, walaupun berlaku sedikit kesilapan pada separuh masa pertama, namun ketua jurulatihan kelahiran Singapura itu bangga apabila anak buahnya bangkit pada separuh masa kedua untuk mencipta kemenangan.

Bagi saingan seterusnya, skuad Harimau Kumbang dijadualkan ke Kuantan untuk bertemu Sri Pahang pada 23 April ini manakala Kedah akan menentang Sabah pada hari yang sama di Kota Kinabalu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved