Meraikan Nuzul Al-Quran, Pecutan Akhir Ramadan

19 Apr 2022 • 9:57 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Hari ini, umat Islam meraikan Nuzul Al-Quran sekali gus menandakan kita sudah melepasi separuh dari bulan Ramadan, menuju ke Syawal.

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Ayat Al-Quran pertama dari surah Al-Alaq diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril pada malam 17 Ramadan tahun ke-41 selepas lahirnya Nabi Muhammad ketika baginda sedang beribadah di Gua Hira. 

Hadirnya Nuzul Al-Quran juga bermakna umat Islam kini dalam pusingan akhir Ramadan bagi memburu Lailatul Qadar.

Jurufoto Getaran, Sairien Nafis, Azim Abd Rahman, Abdul Razak Latif dan Alif Omar merakamkan detik-detik pada 13 hari terakhir Ramadan di sekitar ibu kota. - Getaran, 19 April 2022

image is not available
Tua, muda, siang atau malam, Al-Quran dibaca bagi mencari kelazatan semasa beribadah. - Gambar Azim Abd Rahman

image is not available
Solat sunat tarawih, yang merupakan solat eksklusif semasa bulan Ramadan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam untuk melancarkan bacaan Al-Quran. - Gambar Abdul Razak Latif

image is not available
Setiap penjuru masjid digunakan untuk mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran. - Gambar Sairien Nafis

image is not available
Menggunakan Al-Quran ketika solat sunat tarawih bagi memahami dengan mendalam ayat-ayat yang dibaca oleh imam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Beberapa jemaah mengambil peluang membaca Al-Quran bagi mengisi masa sebelum menunggu waktu berbuka. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Usai solat membolehkan umat Islam membaca al-Quran dan berehat ketika di bulan Ramadan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Ramadan juga memberi peluang kepada peniaga untuk memperoleh pendapatan tambahan namun tuntutan wajib tidak ditinggalkan. - Gambar oleh Azim Abd Razak

image is not available
Kemudahan untuk membayar zakat fitrah disediakan di merata tempat. - Gambar Abdul Razak Latif

image is not available
Berbuka puasa di luar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah merupakan antara tarikan baru semasa Ramadan. - Gambar oleh Alif Omar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved