
Tular di media sosial semalam video memaparkan beberapa orang pelajar bergaduh di dalam kawasan sekolah. Dalam video berdurasi 42 saat itu, keadaan dilihat sangat kecoh dengan beberapa orang guru cuba meleraikan pergaduhan.
Terbaru, Harian Metro melaporkan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek Selangor membabitkan pelajar sesi pagi.
Punca dari ejek mengejek
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pergaduhan tujuh pelajar dikatakan kerana ejek-mengejek.

Kira-kira jam 11.05 pagi, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah itu telah menerima panggilan daripada pengetua berkenaan pergaduhan itu. Dua anggota PPS telah berjumpa pengetua selain memberi amaran kepada pelajar-pelajar terlibat.
Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan adalah kerana seorang pelajar tingkatan empat telah mengejek seorang pelajar tingkatan tiga ketika waktu rehat.
Pelajar lain yang berada di situ membuat provokasi sehingga terjadinya pergaduhan.
Jelasnya lagi, tiada kecederaan dilaporkan dan pelajar-pelajar juga telah berdamai. Mereka berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Bagaimanapun tindakan disiplin akan diambil.
Kredit: Harian Metro
The post Tujuh Pelajar Bergaduh Di Sekolah, Polis Dedah Punca Sebenar Akibat Mengejek appeared first on Oh! Media.

![[VIDEO] Bengang Diejek, Pelajar Tingkatan 3 Tolak ‘Senior’ Sampai Jadi Gaduh?](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
