(VIDEO) “Berdoasa Ke Saya..” – Isteri Kedua Sayu Dihalang Masuk Tatap Jenazah Suami Oleh Isteri Pertama

Entertainment
2 Apr 2022 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lena Lynn yang berkongsi kisah sayu apabila tidak dapat melihat jenazah suaminya buat kali terakhir.

Difahamkan, dia merupakan isteri kedua kepada suaminya tetapi telah dihalang oleh pihak keluarga tuan rumah dan isteri pertama walaupun dia sudah cuba untuk berbincang dengan baik.

Malah, adik beradiknya juga turut cuba berbincang untuk mendapat kebenaran masuk untuk melihat arwah namun tetap dihalang.

image is not available

Berdosa ke saya menjadi isteri kedua..

Menerusi video tersebut, Lena juga kecewa apabila haknya sebagai isteri kedua tidak diendahkan walaupun dia yang banyak menjaga suami bagai menatang minyak yang penuh.

@touchlena

Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi yang kebanyakkannya memberi semangat kepada wanita itu.

Kalau tak terima sekalipun, biarlah dia tengok suaminya buat kali terakhir. – Netizen.

Allahu.. kejamnya diaorang sampai saat macam ni pun masih pandang orang hina macam tu, sabar ya sis, semoga terus kuat..” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Untung Dapat Suami Macam Ni" - Tak Geli Sedut Hingus Anak, Lelaki Ini Raih Pujian Netizen