Annuar Musa kata Selangor diutamakan untuk 5G selepas tabur janji yang sama untuk Melaka dan Sarawak

14 Apr 2022 • 12:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Annuar Musa berkongsikan yang negeri Selangor akan diberikan keutamaan dalam proses pengenalan rangkaian 5G. Menurutnya lagi, Selangor adalah negara yang terima peruntukan terbanyak di bawah program JENDELA iaitu RM5.34 billion untuk menaik taraf rangkaian 4G dan jalur lebar sedia ada.

Setakat ini, sebanyak 313 menara baharu telah didirikan dalam negeri itu dan masih ada 35 menara lagi dalam proses pembinaan. Selain itu, sebanyak 7,197 alat pemancar telah dinaik taraf kepada yang menyokong 4G dan ada 652 lagi unit sedang dalam proses naik taraf.

Daripada segi servis jalur lebar, menurutnya terdapat 419,896 premis baharu kini telah terima akses fiber dan masih terdapat 196,422 premis sedang menunggu giliran untuk di-fiber-kan.

Selangor negeri ke-3 diberikan "keutamaan" 5G

Setakat sekarang, sudah tiga negeri dijanjikan keutamaan untuk menerima rangkaian 5G oleh Annuar Musa. Dua negeri yang terlebih dahulu dutamakan adalah Melaka dan Sarawak yang secara kebetulannya menganjurkan Pilihan Raya Negeri sewaktu kenyataan ini dikeluarkan.

image is not available

Rangkaian 5G setakat ini banyak tertumpu di Kuala Lumpur, Cyberjaya, dan Putrajaya. Kalau anda periksa peta cakupan, ada juga 5G disediakan di beberapa tempat seperti Rawang, Petaling Jaya, Sri Kembangan, Ampang, dan Cheras. Johor Bahru juga dimaklumkan sedang mempergiat pemasangan pencawang 5G.

image is not available

Perkembangan 5G di Malaysia

Setakat ini, kerajaan masih berpegang teguh dengan model penyedia tunggal (SWN) 5G. Melalui model ini Digital Nasional Berhad (DNB) akan bertanggung-jawab menyediakan infrastruktur dan telco cuma perlu jadi pelanggan sahaja.

image is not available

Setakat ini, hanya Yes 5G sahaja yang menyertai SWN dan menjadi satu-satunya telco yang ada servis 5G di Malaysia. Baki telco lain masih enggan menerima penawaran DNB walaupun Reference Access Offer (RAO) telah dikeluarkan.

Berdasarkan perancangan DNB, mereka mensasarkan untuk mecakupkan 40% kawasan berpopulasi dengan servis 5G.

image is not available

Bacaan berkaitan