Imam Berjubah ‘Terciduk’, Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih

11 Apr 2022 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biasanya selepas solat sunat terawih ramai orang akan singgah ke gerai atau restoran untuk moreh bersama kawan-kawan atau keluarga. Tetapi lain ceritanya bagi imam di sebuah surau Rantau Panjang, Klang.

Imam tersebut telah dicekup merempit dalam Operasi Khas Samseng Jalanan. Imam berusia 20 tahun itu dikatakan menunggang secara berbahaya dengan memakai jubah.

Menurut laporan Sinar Harian, imam itu merupakan bekas pelajar tahfiz dan baru sahaja selesaikan mengimamkan solat terawih di sebuah surau di Klang.

Dia merupakan antara lapan individu yang ditahan berusia 14 hingga 24 tahun selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan yang berbahaya. Semua suspek yang diberkas adalah dari sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

image is not available

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain berkata penunggang motosikal didapati melakukan aksi ‘Superman’ sambil menunggang dalam kelajuan tinggi.

Nadzri juga menyatakan bahawa operasi khas itu dibuat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas). Kes itu disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available 1 minggu lalu

“Berlapang Dadalah..”- Ada Jemaah Tak Senang Budak Berlari Ketika Terawih, Ini Respon Imam Masjid Putrajaya