Polis buru suspek terlibat kes tetak lelaki di depan kedai makan

4 Apr 2022 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SERDANG - Polis sedang memburu beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki maut ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang. Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut melibatkan lebih daripada seorang individu dan suspek terlibat dipercayai warga tempatan.

"Kejadian ini masih dalam siasatan lanjut, jadi jika ada sebarang perkembangan ia akan dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.

Mangsa ditemui maut dengan kesan tetakan pada bahagian muka, leher dan tangan di lokasi kejadian oleh orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved