(VIDEO) “Benda Tu Ikut Balik!”- Wanita Dirasuk Lepas Balik Bercuti Daripada Homestay Di Penang

27 Apr 2022 • 4:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila kita keluar bercuti, benda yang wajib dilakukan ialah mencari hotel untuk disewa sebagai tempat tinggal bersama-sama dengan keluarga ataupun berseorangan.

Namun begitu, setiap bilik hotel ada sejarah masing-masing yang kita tidak tahu dan jika tidak bernasib baik, kebarangkalian kita untuk diganggu benda-benda ‘halus’ adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika tempat itu dicop sebagai ‘keras’.

Seperti perkongsian oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @anysabit di mana dia menunjukkan seorang wanita yang dirasuk oleh makhluk tersebut selepas mendiami salah satu homestay di Pulau Pinang pada tahun baru Cina lepas.

Wanita yang dirasuk itu telah diubati dan dikawal oleh ibu mertuanya sebaik sahaja meninggalkan tempat tersebut. Difahamkan semasa keluarga itu sampai di homestay, ia merupakan hari pertama wanita itu datang haid menyebabkan dia lebih terdedah dengan gangguan makhluk halus.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi pengalaman berhadapan dengan gangguan makhluk halus dan ada juga yang berasa ingin tahu tentang tempat yang didiami oleh keluarga itu semasa bercuti.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available 3 minggu lalu

(VIDEO) Lelaki Bercuti Dengan Keluarga Di Genting Tiba-Tiba 'Londeh' Baju Depan Orang Ramai, Didakwa Stress Kerja