Kamera Face ID Sebalik Skrin Dijangka Hadir Bersama iPhone 16

TechnologyDigital
4 Apr 2022 • 9:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ming-Chi Kuo agak aktif dalam melakukan ramalan dan berkongsi analisa akhir-akhir ini. Selain berkaitan telefon boleh-lipat daripada Apple, kini ia turut dikongsikan yang mana Apple dijangka memperkenalkan ciri Face ID disebalik skrin melalui iPhone 16 kelak.

Pada hari ini, beberapa pengeluar peranti telah memasarkan telefon dengan kamera disebalik skrin. Kualiti rakamannya masih diperdebatkan lagi, tetapi ia mungkin bertambah baik dalam tahun-tahun akan datang.

image is not available

Dengan jangkaan sekitar 2024 kelak, Apple mempunyai masa sekitar dua tahun dalam menambah-baik teknologi Face ID mereka, selain turut mendapatkan bekalan komponen yang sesuai untuknya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan Face ID sebalik skrin daripada pihak Apple tidak lama lagi.