#RENUNGAN Tak Sengaja Berbuka Puasa Awal Ikut Azan Di Radio, Apa Hukumnya?

5 Apr 2022 • 2:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasti ramai antara kita yang menggunakan radio untuk menunggu azan Maghrib sewaktu pulang dari kerja dan sebagainya kan? Bila dengar je azan, kita pun terus sahut apa yang ada sekeliling kita untuk berbuka. 

Tapi korang pernah tertanya tak sekiranya azan Maghrib di radio itu awal sedekit berbanding di tempat korang, sah tak puasa agaknya? Haa, meh sini kami nak share..

Perkara ini telahpun mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menjelaskan bahawa puasa korang akan terbatal. Biar betul?

image is not available

Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah pun tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqada semula menurut jumhur ulama.

Walaupun jawapannya tidak dihuraikan secara panjang lebar, tapi ianya cukup jelas dan perkara ini juga merujuk kepada insiden yang berlaku baru-baru ini dimana terdapat sebuah stesen radio tersilap menyiarkan azan Maghrib.

Walaubagaimanapun, penyamboi radio yang dipercayai daripada stesen Tawau FM itu telahpun meminta maaf secara terbuka selepas menyedari akan kesilapannya.

Pengajarannya, sabarlah sedikit dan pastikan waktu berbuka tu betul. Jangan disebabkan seminit awal punya pasal, kita kena ganti pada masa akan datang. Kan rugi tu! 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article