Duit Pengeluaran Khas, Apa Yang Perlu Dibuat?

Personal Finance
21 Apr 2022 • 12:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Duit Pengeluaran Khas, Apa Yang Perlu Dibuat?

Banyak permintaan dari rakyat Malaysia yang mahukan wang simpanan mereka dikeluarkan untuk fasa peralihan sekarang ini. Akhirnya, kerajaan telah luluskan pengeluaran khas kwsp secara one-off sehingga RM10,000 kepada semua pencarum. Berita baik ini sedikit sebanyak boleh memberi nafas baru kepada golongan sangat terkesan akibat pandemik lalu.

Ramai sudah ada perancangan yang jelas untuk mengagihkan wang mereka kepada tempat sepatutnya. Namun, ada juga masih tiada perancangan untuk gunakan wang tersebut. Dalam artikel ini kongsikan idea untuk apa yang perlu dibuat dengan wang simpanan KWSP.

Selesaikan Hutang

Hutang banyak dalam kalangan pekerja. Jika tidak diselesaikan, banyak kelebihan akan ditarik sebagai pekerja. Yang lebih baik adalah menggunakan separuh daripada wang itu untuk selesaikan hutang. Selebihnya, anda boleh simpankan untuk kecemasan yang akan datang.

Tambahkan Pelaburan

Ini adalah peluang anda untuk menjana lebih dengan wang sedia ada. Perlukan pendedahan dan ilmu yang mantap bagi memastikan anda mengurangkan risiko pelaburan. Boleh baca lebih banyak ilmu pelaburan di laman sesawang tersedia.

Perbelanjaan Perlu

Ingat lagi ‘panic buying’ di masa pandemik dahulu? Rakyat Malaysia banyak menggunakan wang yang sedia ada untuk keperluan stok jangka masa panjang. Untuk kali, ini anda boleh buat perkara yang sama tanpa perlu panik. Tetapi, anda akan mempunyai kelebihan kerana harga barang tidak dijangka untuk masa akan datang.

Semuanya terpulang kepada individu untuk membelanjakan wang anda. Elakkan daripada ditipu dengan scam dan pelaburan tidak sah. Anda perlu tahu bahawa kuasa wang semakin mengecil akibat daripada isu peperangan dan inflasi yang semakin meningkat.

Cara terbaik adalah mulakan pendapatan tambahan jika tidak mencukupi. Pelbagai platform yang ada untuk menambahkan pendapatan. Namun, anda perlu bijak mengatur masa supaya lebih efisien dalam melakukan kerja.

Yang paling penting adalah jangan kita buat jenayah apabila masalah kewangan meliputi hidup anda. Ianya menjadi satu kebiasaan zaman sekarang apabila lebih banyak jenayah berlaku akibat kesempitan wang. Uruskan kewangan anda lebih baik supaya generasi anda tidak lagi menjadi golongan miskin dalam bandar.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.