
Kota Kinabalu: Tiga atlet Kata Sabah, Lovelly Anne Robberth, Niathalia Sherawinnie Ak Yampil dan Nancy Nelly Evvaferra dipanggil oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) untuk berlatih di Bukit Jalil di bawah program Pelapis bulan ini.
Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah Julian Chin ketika dihubungi pada Rabu berkata persatuan itu cukup gembira atas kejayaan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk ketiga-tiga atlet muda itu.
“Lovely yang datang dari SKA Penampang, Niathalia dari dojo utama SKA dan Nancy dari Dynamic Karate Club berlatih secara berkala di dojo utama kami di bawah seliaan jurulatih negeri Farlin Frederick bersama pasukan Sukma Negeri sebelum dipanggil.
“Ketiga-tiga pelajar SPM itu akan menyambung pelajaran mereka di salah sebuah sekolah di Bukit Jalil dan mereka akan bergabung dengan Amirah Syahirah Azlan dari SKA Keningau yang merupakan atlet kumite tunggal kami di sana.
“Kami percaya ketiga-tiga mereka berpotensi untuk dipilih mewakili Malaysia pada Sukan SEA akan datang di Vietnam Mei ini, sekiranya mereka cemerlang semasa latihan,” katanya.
Sementara itu, Lovelly Ann dan Amirah baru-baru ini menyumbang pingat gangsa untuk Malaysia dalam Kejohanan Karate Senior SEAKF ke-9 di Kemboja.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

