
Tular beberapa video di TikTok menunjukkan orang ramai berpusu-pusu masuk ke padang Garden Arena, Rawang dan dalam kekecohan terdapat satu insiden yang tidak diingini terjadi di mana seorang wanita telah terjatuh dan dipijak beberapa orang.
Rupa-rupanya orang ramai yang hadir ke tempat tersebut ingin menyertai game yang dianjurkan oleh seorang YouTuber Malaysia terkenal yang dikenali sebagai Isa Isarb. Pemenang ulung kepada game itu akan dihadiahkan wang sebanyak RM10,000.
Tetapi malangnya program itu menjadi riuh apabila seorang wanita yang ingin turut serta terjatuh kerana terlanggar meja dan dipijak oleh peserta-peserta lain. Suami kepada wanita itu berang dan menjerit serta memaki hamun mencari pelaku yang memijak isterinya.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik, wanita yang menjadi mangsa insiden itu dilihat memegang perut seperti menahan sakit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu kerana umum sedia tahu segala perkara yang terjadi adalah di atas tanggungjawab sendiri.
Tambahan pula, ramai netizen yang mengecam tindakan lelaki itu kerana melibatkan isterinya yang sedang mengandung untuk melakukan perkara yang lasak dan tidak boleh menerima hakikat apabila isterinya terjatuh sendiri dan bukan disebabkan oleh orang lain.



Difahamkan insiden itu berjaya dikawal oleh Isa Isarb dan teamnya…
(VIDEO) "Raya Punya Pasal.."- Suami Isteri Sanggup Pecah Tabung Duit Syiling Untuk 'Shopping' Raya
The post (VIDEO) “Yang Pergi Bawak Bini Tu Dah Kenapa Bang?!”- Netizen Kecam Tindakan Ego Suami Bila Isteri Dipijak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

