Lelaki ugut ibu dengan pisau dijel 6 bulan, denda RM2,000

26 Apr 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 26 tahun yang mengugut ibunya dengan menggunakan sebilah pisau, dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 atau dipenjara empat bulan jika gagal bayar denda.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu ke atas Chua Chi Kiang selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu, pada Selasa.

Chua mengugut untuk mencederakan ibunya yang berusia 57 tahun dengan sebilah pisau pada 9.30 malam, 20 April tahun ini, di sebuah rumah di Kampung Hungab, Penampang.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.