Google Maps Bakal Paparkan Harga Tol, Butiran Jalan Dengan Papan Tanda Dan Kawalan Siri

TechnologyDigital
6 Apr 2022 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan Ogos tahun lepas, Google Maps dikatakan akan mula memaparkan anggaran harga tol terus pada aplikasi mereka. Namun ciri ini terhad kepada pengguna terpilih sahaja. Kini, Google dilihat sudah mula bersedia untuk menawarkan ciri ini secara lebih meluas.

Sebanyak 2000 jalan di Amerika Syarikat, India, Jepun dan Indonesia, harga tol akan dipaparkan apabila pengguna menggunakan Google Maps ke arah jalan -jalan ini. Mereka yang tidak gemar mengikut jalan bertol, turut boleh memilih pilihan jalan alternatif tanpa tol.

image is not available

Kemudian untuk Android, iOS, Android Auto dan CarPlay, Google Maps akan dikemaskini dengan memaparkan butiran jalan dengan lebih jelas. Antaranya adalah papan tanda akan dipaparkan, ikon lampu trafik, atau kawasan terpilih lebar jalan akan dipaparkan. Ciri ini ingin memudahkan orang yang jarang masuk ke sesuatu kawasan atau yang pertama kali pergi ke sesuatu destinasi.

image is not available

Kemudian khusus untuk iOS, Google Maps kini mempunyai sokongan widget. Beberapa akses pantas boleh dilakukan terus pada widget. Kemudian Google Maps turut memudahkan pengguna Apple Watch untuk terus menggunakan jam untuk mencari jalan. Akhir sekali Google Maps turut akan diintegrasikan kepada Spotlight, Siri dan Shortcuts, memberi pengguna kebebasan menggunakan aplikasi ini.

image is not available