
Kota Kinabalu: Rentetan kemenangan dalam tiga perlawanan Sabah FC berakhir selepas mereka tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada Sabtu lalu.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berhati-hati dan tidak banyak yang memisahkan mereka di peringkat awal permainan sehinggalah minit ke-36 apabila Rawilson Batuil didapati melakukan faul, 30 meter dari pintu gol.


