Wakaf Selangor perkenal kaedah berwakaf lebih selamat melalui DuitNow QR

14 Apr 2022 • 10:58 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 APRIL: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkenal kaedah berwakaf cara pantas dan lebih selamat menerusi DuitNow QR.

Agensi itu memaklumkan pewakaf hanya perlu membuka aplikasi e-dompet seperti Boost, GrabPay, Touch n Go dan ShopeePay bagi membolehkan urusan berwakaf itu dilakukan.

“Penawaran e-wakaf menerusi QR ini merupakan inisiatif baharu untuk memudahkan orang ramai membuat amal jariah dengan pantas dan selamat.

“Untuk mula menggunakan DuitNow QR, pewakaf hanya perlu membuka aplikasi mudah alih bank atau e-dompet, kemudian imbas kod QR yang terdapat di laman sesawang rasmi dan laman sosial Facebook dan Instagram PWS,” katanya.

PWS memaklumkan pewakaf juga boleh menyimpan gambar kod QR tersebut di dalam telefon bimbit untuk membuat sumbangan wakaf pada bila-bila masa.

Bagi yang mahu berwakaf secara dalam talian boleh layari laman sesawang PWS https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp dan mendaftar melalui Portal User atau melalui aplikasi Tulus dan SnapNPay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved