Tiga individu sesat daki bukit ditemui selamat – bomba

8 Apr 2022 • 10:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sekumpulan individu sesat ketika mendaki bukit di kawasan Air Terjun Batu Asa, Hulu Langat ditemui selamat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata semua mangsa dibawa turun ke kawasan kaki bukit pada jam 4.38 petang.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.29 petang.

“Mereka akhirnya berjaya ditemui selepas hampir sejam pasukan bomba melakukan pencarian,” kata Norazam dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan baik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved