Lima rumah termasuk stor keropok terbakar

4 Apr 2022 • 12:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam itu turut menyebabkan empat keluarga hilang tempat tinggal.

Pengusaha keropok, Fairul Aiman Mohd Noor, 24, berkata, sebelum kebakaran berlaku, dia baru tiba di rumah selang dua unit dari tempat kejadian selepas menutup operasi pada jam 6.15 petang.

“Tiba-tiba ibu datang memberitahu mengenai kejadian itu selepas terlihat asap tebal dari kawasan sekitar.

“Saya bergegas ke stor itu namun api marak dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Ujarnya, kerugian dialaminya dianggarkan berjumlah lebih RM50,000 apabila tujuh mesin pemprosesan keropok bersama 240 kilogram keropok segera musnah dalam kebakaran itu.

“Sepatutnya saya perlu siapkan keropok sira yang ditempah oleh pelanggan tetapi kebakaran berlaku.

“Saya bagaimanapun tetap reda dengan ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, operasi memadam kebakaran membabitkan seramai 15 pegawai dan anggota daripada BBP Tumpat, Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu

“Panggilan kecemasan diterima pada jam 7.15 malam dan sebaik tiba mendapati api sedang marak serta dapat dikawal pada jam 7.50 malam.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved