
Kota Kinabalu: Untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka, kakitangan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) perlu mengubah minda supaya lebih berdaya saing, kata Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.
Gulamhaidar berkata, beliau dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Datuk Iskandar Abdul Malik bahawa kolej itu kini dalam proses transformasi.

