World #QuranHour terap budaya al-Quran

26 Apr 2022 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

CYBERJAYA - Pengajuran World #QuranHour memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kerja Kumpulan Malakat Eco mengenai peri pentingnya menerapkan budaya al-Quran dalam kehidupan.

Ketua Pegawai Eksklusifnya, Hilmi Ismail berkata, pihaknya menggalakkan semua kakitangan membaca dan memahami al-Quran dengan membuka kelas al-Quran.

"Jika ada yang kadang-kadang membacanya atau langsung tidak tahu membaca, inilah peluangnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas program World #QuranHour di pusat membeli-belah itu, pada Selasa.

Menurutnya, surah Al-Sajdah yang diangkat sebagai surah pilihan pada pengajuran kali ini memberi peringatan kepada seluruh umat Islam.

"Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf dan sebagai sebuah pusat membeli-belah yang diwujudkan dengan ekosistem Islam, sudah tentu Malakat Eco menyokong dan mengambil kesempatan terhadap peluang ini," katanya.

Sebelum itu, Hilmi menyerahkan lebih 100 naskhah al-Quran kepada kakitangan, operator kedai dan pengunjung pusat membeli-belah.

Program kemudiannya diakhiri dengan tadabbur al-Quran dan sesi bergambar.

image is not available

World #QuranHour bertemakan ‘Dunia Bersujud’ tahun ini memilih surah As-Sajadah sebagai surah pilihan yang dibacakan secara serentak di seluruh dunia.

Sementara itu, Penasihat Media Malakat Mall, Norden Mohamed ditemui berkata, walaupun kali pertama pusat membeli-belah itu menyertai World #QuranHour, pihaknya komited untuk meneruskannya setiap tahun.

"Segala-galanya berjalan lancar dan sudah tentu Malakat Mall akan menyertainya tahun hadapan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved