
LAHAD DATU: Penggiat industri pelancongan di daerah ini disarankan untuk menganjurkan program bagi mempromosikan keindahan, keunikan serta produk pelancongan di daerah ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata daerah ini bukan sebuah daerah yang terpencil dari segi kebolehcapaian, tetapi terpencil dari segi aktiviti pelancongan.


