(VIDEO) “Adat Apa Ni?” – Aksi ‘Merompak’ Ketika Majlis Kahwin Ini Raih Perhatian Netizen

12 Apr 2022 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam Malaysia terdapat banyak adat-adat semasa berkahwin seperti berinai dan sambut menyambut. Tetapi ada juga adat yang ‘rare‘ atau tidak pernah dilihat sebelum ini .

Baru-baru ini, satu adat perkahwinan yang ‘pelik’ dikenali sebagai upacara ‘merompak’ masuk ke rumah pengantin perempuan menjadi tumpuan warganet di TikTok.

Upacara itu menunjukkan, aksi tolak menolak terjadi antara pihak keluarga lelaki dan perempuan. Ramai netizen tertanya-tanya tentang keunikan adat tersebut kerana ianya sangat jarang dilihat berlaku dalam upacara perkahwinan orang Melayu.

Objektif dalam adat ‘merompak’ ialah memastikan satu wakil melepasi sempadan pintu dan jika seorang berjaya adat itu dianggap selesai.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa perkara itu kelihatan seronok dan boleh merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

image is not availableimage is not available

Selain itu, ada juga yang berasa bangga dengan adat itu kerana ianya masih dilakukan oleh sesetengah pihak dan tidak membiarkan adat itu ditelan zaman.

image is not available

image is not available 2 hari lalu

“Mak Ke Awak Yang Nak Kahwin” - Gadis Rungsing Ibu 'Reject' Bakal Menantu Hanya Kerana Kereta Myvi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved