Sepasang Kekasih Kantoi Buat Aksi Tak Senonoh Di Tangga Lepas Berbuka Puasa

Entertainment
14 Apr 2022 • 7:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasti ada antara kita yang berbuka puasa diluar dengan rakan-rakan, keluarga dan sebagainya di bulan Ramadan ni, betul tak? Memang seronok berbuka ramai-ramai ni..

Menurut laporan Kosmo, terdapat satu pasangan kekasih yang melalukan perbuatan tidak senonoh secara terang-terangan selepas berbuka puasa.

Aksi tidak senonoh itu berlaku di Dataran Lembang, daerah Bandung Barat, Jakarta apabila ianya dirakam seorang individu yang turut berada di lokasi kejadian sebelum memuatnaiknya di Facebook.

Apa yang dapat dilihat dalam video berkenaan, seorang lelaki cuba mencium dan memeluk kekasihnya. Perkara ini membuatkan perakam tersebut berasa tidak selesa apabila mereka berbuat sedemikian di tempat awam.

Memang saya yang rakam video itu kerana tidak selesa melihat perkara itu dilakukan di tempat awam.

Mereka memang terlampau mesra. Sebelum itu, saya terserempak dengan mereka ketika mahu membeli makanan ringan.

Bukan tu jer, perakam itu juga tidak mahu perbuatan yang dilakukan mereka menjadi contoh yang tidak baik sebab terdapat ramai kanak-kanak di sana.

Apa pandangan korang? Kan lebih baik kalau lepas berbuka puasa tu pergi solat Maghrib di surau atau masjid berdekatan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.