“T20 Bolehlah!” – Netizen Minta Wanita Jangan ‘Show-Off’, Sahur Nasi Goreng & Lobster Dikata ‘Simple’

Food
6 Apr 2022 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mengambil peluang sempena bulan Ramadan ini, ramai yang kita dapat lihat berkongsikan resepi juadah berbuka ataupun sahur di platform media sosial.

Dalam pada ramai yang berkongsikan menu juadah, terdapat satu ciapan di Twitter ini telah menarik perhatian warganet.

Sebab ianya mencuri perhatian ramai kerana wanita terbabit memuat naik menu juadah sahur nasi goreng berserta lobster dan beliau mengatakan ia merupakan menu simple.

Kebanyakkan netizen bersependapat makanan seperti lobster itu bukanlah makanan yang simple untuk kebanyakkan masyarakat, lagi-lagi dari golongan B40, dimana makanan laut itu memang tidak akan dibeli kerana harganya yang sangat mahal.

image is not available

Disebabkan ciapan ini, mereka melabelkan wanita terbabit sebagai golongan T20 dimana ianya merujuk kepada golongan bangsawan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang meminta wanita itu untuk lebih sensitif ketika bulan mulia ini dan tidak terlalu menunjuk.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Majlis Akad Nikah 'Haru', Tok Kadi Tanya Banyak Kali Sebab Nama Bapa Pasangan Pengantin Sama