Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Warga Asing Di Sekitar Pasar Selayang - Shahidan

LocalPolitics
27 Apr 2022 • 8:46 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Shahidan Kassim - Gambar fail

PUTRAJAYA - Tindakan tegas telah diambil terhadap peniaga warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata tindakan segera itu diambil bagi menjaga kepentingan ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) khususnya yang berniaga di pasar berkenaan.

Katanya keperluan dan aspek kebajikan rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

“Pelbagai inisiatif baharu serta yang sedia ada terus diperkenalkan dan dilaksanakan kementerian bersama agensi-agensi di bawahnya terutamanya dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan serta miskin bandar di Wilayah Persekutuan, seperti mana Program Nur Ramadan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis berbuka puasa pada program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Bersama Media, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Rosida Jaafar. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved