
Kuala Lumpur: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal termasuk di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
