Maut lori terbabas di kuari Bukit Penggorak

7 Apr 2022 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya hilang kawalan semasa menuruni kawasan berbukit di kawasan kuari Bukit Penggorak, Jalan Kuantan-Kemaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian sekitar 11 pagi itu, Ahmad Asrol Ab Rahman, 41, yang beralamat di Kuala Terengganu, Terengganu didapati meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang sedang memandu lori muatan tanah dari kawasan kuari menghala ke arah Gebeng, di sini dengan menuruni kawasan berbukit itu dan lori dipandunya dipercayai telah hilang kawalan semasa melalui kawasan itu.

"Bagaimanapun mangsa cuba untuk menyelamatkan diri dengan terjun daripada lori itu, namun gagal akibat tersangkut pada pintu pemandu sebelum terbabas ke tebing tanah.

Akibat kemalangan tersebut mangsa telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan awal turut mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu tersebut yang menyebabkan kematian dan kemalangan berlaku serta siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam kenyataan berkata, 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved