Hanya sembilan peratus B40 manfaatkan PeKa B40

19 Apr 2022 • 12:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Hanya sembilan peratus golongan B40 di Sabah memanfaatkan kemudahan Program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Datuk Dr. Anas Alam Faizli berkata, melalui data terkini hanya 43,866 daripada 477,929 orang yang layak memanfaatkan PeKa B40 di Sabah sejak diperkenalkan kerajaan pada 2019.

“Skim manfaat kesihatan ini ditawarkan secara percuma kepada rakyat dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah yang dikenali sebagai kumpulan B40 dengan empat manfaat.

“Empat manfaat tersebut ialah saringan kesihatan percuma meliputi saringan kesihatan mental, bantuan pembelian alat perubatan berjumlah sehingga RM20,000 seorang, insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000 serta bayaran insentif tambang pengangkutan kepada pesakit apabila mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau klinik yang berdaftar,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru golongan B40 agar mengambil peluang terhadap skim kesihatan percuma tersebut dengan hadir ke hospital kerajaan atau klinik-klinik swasta yang mempunyai logo Protect Health bagi menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan perkembangan program PeKa B40 kebangsaan di Sabah serta langkah-langkah promosi yang bakal dilaksanakan.

Hadri sama, Ketua Jaminan Kualiti ProtectHealth Corporation, Dr Noor Haslinda Ismail.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.