Agong, Permaisuri ucap Selamat Menyambut Ugani

2 Apr 2022 • 11:19 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ugadi kepada masyarakat Telugu.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga masyarakat berkenaan dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.

Seri Paduka berdua juga berharap sambutan itu mengukuhkan lagi ikatan perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini.

Kira-kira 500,000 komuniti Telugu di Malaysia menyambut Ugadi hari ini, iaitu bermulanya Tahun Baharu bagi masyarakat itu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved