AOC Dan Porsche Design Memperlihatkan Paparan Skrin AOC Agon Pro PD32M Dengan Rekaan Minimalis

TechnologyDigital
12 Apr 2022 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat pembuat paparan skrin AOC dan syarikat rekaan industrial Porsche Design baru-baru ini telah berkolaborasi untuk memperkenalkan sebuah papan skrin gaming/profesional baru melalui AOC Agon Pro PD32M.

image is not available

Paparan skrin AOC Agon Pro PD32M ini menggunakan paparan mini-LED bersaiz 32 inci dengan resolusi UHD dengan kadar segar semula 144Hz dengan kebolehan memaparkan 97 peratus gamut warna DCI-P3 dan mempunyai nilai kecerahan 1600 nit dengan pengesahan DisplayHDR 1400.

image is not available

Rekaan paparan skrin ini juga cukup menarik dimana ia hadir dengan rekaan paparan skrin nirbingkai, dengan sistem pencahayaan RGB terbina di bahagian sisi belakang paparan yang dinamakan Light FX. Ia juga mempunyai lengan yang boleh dikeluarkan di bahagian kiri dan kanan yang boleh digunakan untuk menggantung fon kepala jika diperlukan.

image is not available

Lebih menarik lagi, paparan skrin ini hadir dengan alat kawalan jauh yang berfungsi sebagai cara untuk mengakses perisian OSD paparan skrin ini tanpa perlu mengakses butang di belakang skrin seperti yang lazimnya dilakukan.

image is not available

Dari segi output, paparan skrin ini hadir dengan dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam DisplayPort dengan variasi USB-C dan empat palam USB-A 10Gbps.

Paparan skrin AOC Agon Pro PD32M ini boleh ditempah sekarang melalui beberapa pasaran terpilih, dan akan mula dijual secara rasmi pada 15 Jun kelak pada tanda harga $1,799, menjadikannya sebuah paparan skrin dengan penawaran dan tanda harga yang cukup premium sekali.