Seorang wanita maut, 7 cedera kemalangan di Sitiawan

LocalCars
28 Apr 2022 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Seorang wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kayan di Sitiawan petang Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan mengenai insiden itu pada 5.32 petang.

"Kemalangan itu melibatkan dua jenis kenderaan iaitu kereta jenis Proton Persona dan sebuah pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux telah bertembung.

"Kemalangan itu menyebabkan empat mangsa iaitu seorang lelaki serta dua kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Proton Persona cedera manakala seorang penumpang kereta itu maut dalam kejadian itu.

Jurucakap itu berkata, dua lelaki dan dua wanita yang menaiki pacuan empat roda itu turut cedera.

Katanya, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Manjung untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.24 malam tadi. - Bernama