Kecur air liur dengan menu terbaharu di deli2go. Ada trak Layan Panas-Panas lagi, apa lagi jom cuba!

Food
27 Apr 2022 • 11:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RASANYA mulai hari ini, orang ramai secara berperingkat-peringkat telah pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mana tidaknya, tahun ini masing-masing mahu meluangkan lebih banyak masa berada di kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian gara-gara pandemik Covid-19.

Justeru, Shell deli2go telah mencipta sesuatu yang menarik di dapur mereka dengan memperkenalkan menu terbaharu yang pasti mencuri tumpuan ramai di stesen-stesen Shell terpilih.

Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia & Singapura, Shell, Seow Lee Ming berkata, memandangkan kebanyakan orang ramai akan pulang ke kampung semasa musim raya, pihaknya ingin memberikan peluang kepada orang ramai untuk mengalami rasa eksklusif menu baharu itu.

"Jejaki juga trak Layan Panas-Panas berdekatan anda dan kru kami akan menyediakan hidangan percuma kepada orang ramai," katanya.

image is not available

Bertemakan Layan Panas-Panas, menu makanan panas baharu ini menampilkan croffle istimewa, Ayam Masak Merah Mac n Cheese (untuk rasa yang lebih pedas) dan pilihan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak, Meatball Bolognese Mac and Cheese.

deli2go turut menawarkan pilihan tanpa daging termasuk Asam Pedas Pasta dan Satay Wrap.

Untuk pengetahuan semua, Satay Wrap telah diusahakan bersama Nestle Professional menggunakan ketulan yang berasaskan tumbuhan yang dibakar Harvest Gourmet dan disaluti dengan sos satay kegemaran Malaysia, sesuai untuk dimakan di mana-mana sahaja.

Semua hidangan tersebut disediakan di lokasi dan boleh didapati di semua kedai deli2go di Malaysia.

TRAK LAYAN PANAS-PANAS

Bersempena dengan pelancaran menu baharu itu juga, seperti yang diperkatakan deli2go akan menyajikan sampel hidangan panas secara percuma kepada rakyat Malaysia menerusi siri trak Layan Panas-Panas dengan memberi rakyat Malaysia sampel hidangan panas.

Jelajah tersebut akan bermula di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur seterusnya akan menyambung perjalanan merentasi Semenanjung Malaysia dan berhenti di 70 tempat popular tempatan dan stesen-stesen Shell dari Isnin lalu hingga 5 Jun depan.

Selain daripada merasai menu menarik secara percuma itu, para pelanggan yang mengambil gambar dengan trak istimewa berpeluang untuk mendapat baucar yang boleh ditebus apabila membeli hidangan panas baharu di stesen deli2Go terdekat hingga akhir bulan Julai.

image is not available

"Mereka juga boleh menebus hidangan panas deli2go terpilih menggunakan mata Kilometer (KM) mereka dengan minyak sebagai mata wang melalui kempen terbaharu Shell, Ekstra KM Belanja bermula dari 1 Mei lalu hingga 10 Julai depan.

"Para pelanggan akan diberi ganjaran dengan lebih KM, lebih apabila mereka mengisi minyak dan berbelanja di stesen Shell," kata Lee Ming lagi.

View Original Article