Dah Lama Tak Balik Kampung Beraya? Ini Checklist Yang Korang Kena Periksa!

26 Apr 2022 • 1:39 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai pengecualian bayaran tol bagi Lebuhraya PLUS dan LPT serta diskaun antara 30 hingga 50% di lebuhraya yang lain -- sudah pasti memberi keterujaan kepada penguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman.

image is not available

Pengecualian bayaran tol ini sudah pasti memberi nafas kelegaan kepada banyak individu yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Walaupun fasa pandemik telah bertukar kepada endemik, kelembapan ekonomi masih lagi terasa. Di sebalik keghairahan untuk balik ke kampung halaman dan raya yang tertangguh selama dua tahun, jangan lupa keselamatan ketika di jalan raya.

Berikut tips dan checklist yang perlu anda ketahui iaitu sebelum & ketika melakukan pemanduan pulang ke kampung halaman:-

TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

image is not available1) Pastikan kenderaan telah diservis dengan sempurna.

2) Tukar minyak hitam sekiranya perlu, pastikan tayar dalam keadaan baik dan air penyejuk (coolant) berada di paras yang selamat.

3) Pastikan juga minyak petrol telah disi penuh sebelum memulakan perjalanan kerana sudah pasti stesen minyak di lebuhraya akan sesak dengan kenderaan.

image is not available 4) Pastikan juga suis elektrik di rumah telah dimatikan, pintu pagar dikunci dan bekalan air ditutup.

5) Pemberitahuan kepada pihak polis atau persatuan keselamatan kejiranan mengenai ketiadaan kita di rumah juga boleh dilakukan agar rodaan dan pemantauan boleh dilakukan.

TIPS KETIKA SEDANG MELAKUKAN PERJALANAN

image is not available1) Ketika di lebuh raya, penguna jalan raya perlu bersabar sekiranya berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku semasa dua hari pengecualian tol, iaitu pada 30 April hingga 1 Mei 2022 (Sabtu dan Ahad).

2) Jangan memotong barisan atau mengunakan laluan kecemasan serta patuhi had laju di lebuhraya.

3) Dapatkan rehat yang secukupnya dan kawal emosi semasa di jalan raya.

4) Sekiranya penat atau mengantuk, rehat dulu di hentian Rehat dan Rawat (RnR) yang terdapat di sepanjang lebuh raya.

5) Memandu dalam keadaan berhemah dan bertimbang-rasa terhadap penguna jalan raya yang lain.

6) Jangan culas untuk memakai tali pinggang keselamatan bagi tempat duduk belakang dan hadapan serta pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak. Bak kata motto kempen keselamatan jalan raya yang popular, “Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah insan yang tersayang”.

image is not available7) Penguna jalan raya yang ingin mengelakkan kesesakan lalulintas bolehlah memulakan perjalanan mengikut saranan pihak PLUS. Pihak PLUS telah menyarankan agar memulakan perjalanan sebelum pukul 10.00 pagi bagi yang hendak ke negeri berikut: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Bagi negeri-negeri lain pula, waktu yang disarankan adalah selepas pukul 1.00 tengahari. Bagi tujuan pulang semula ke rumah masing-masing, perjalanan pulang boleh dilakukan sebelum pukul 9 pagi. Sekiranya jadual ini diikuti, kesesakan di lebuh raya dapat dikurangkan.

8) Pastikan juga baki kredit Touch and Go dan eWallet RFID adalah mencukupi kerana tiada perkhidmatan tambah nilai disediakan di kaunter tol lebuhraya ketika tempoh ini.

image is not availableAkhir kata penutup bicara, lakukan perancangan balik beraya dengan sempurna.

Pastikan kenderaan telah diservis, rumah telah dikunci, berasa sihat tubuh badan dan minda telah bersedia untuk menempuh perjalanan ke kampung halaman masing-masing.

Walaupun akan menempuh lebih 6 hingga 12 jam perjalanan, sudah pasti apabila melihat ayah bonda di kampung segala penat jerih memandu akan terubat.

image is not available

Oleh: Prof Madya Dr Azrul Hafiz b Abdul Aziz, Universiti Sains Islam Malaysia