Menteri: Syarat daftar masuk MySejahtera akan diumumkan dua minggu lagi

14 Apr 2022 • 5:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 APRIL: Keputusan untuk melonggarkan syarat daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata MySejahtera berperanan penting dalam proses pengesanan kontak dan setakat ini individu positif Covid-19 yang dikenal pasti sebagai kontak kasual berjaya diasingkan hasil pengesanan menerusi aplikasi itu.

“Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan sistem pengesanan kontak ini tidak relevan, kerana ketika kemuncak gelombang Omicron kira-kira 45 peratus kontak kasual yang didapati positif Covid-19 berjaya diasingkan hasil sistem pengesan itu.

“Tetapi kita sudah pun melepasi kemuncak Omicron dan Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu dua lagi sama ada untuk batalkan proses imbasan ini atau sebaliknya selepas menjalankan kajian,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved