“Itulah Peguam Yang Nak Merompak Duit Saya RM900k” – Nabila Huda

19 Apr 2022 • 9:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar: Instagram @kupu_kupu

Kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak kurang upaya yang dikenali sebagai Bella telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Antara yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kes ini ialah pelakon terkenal, Nabila Huda.

Sejak awal kes ini mula difailkan, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil ini sering dilihat memuat naik kandungan berkenaan Bella di akaun media sosialnya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Baru-baru ini tular mengenai sekumpulan peguam yang mewakili OKT iaitu Siti Bainun Ahd Razali yang dikritik netizen kerana memuat naik foto bergambar bersama di luar mahkamah. 

Menerusi kemas kini di akaun Twitter, Abil dilihat telah menceritakan pengalamannya yang hampir ‘dirompak’ sebanyak RM900,000 oleh peguam yang mewakili Siti Bainun. 

“Itulah peguam yang nak saman saya dulu. Yang nak merompak duit saya sebanyak RM900,000. Senangnya hidup tak payah berusaha, jadi wakil, boleh kaya terus. Orang punya la kerja siang, malam, pagi, petang. Kau nak ambil macam tu je,” tulisnya.

Tambah Abil lagi, dia sememangnya tidak mengenali peguam itu tetapi selepas dirinya terpalit dengan sebuah kes, barulah teman-temannya menceritakan siapa sebenarnya gerangan peguam berkenaan.

“Saya tak pernah kenal dia dan tak tahu siapa dia. Tapi bila cerita mengenai dia nak failkan saman itu keluar, sahabat-sahabat saya bagi info dan maklumat terperinci tentang siapa dia. Rupanya dia memang gila glamor.

“Korang ingat tak yang pasal Abil bagi kenyataan yang Abil tak tahu kena saman tetapi macam mana cerita itu boleh keluar berita?

“Rupanya dia yang email semua penulis blog dan wartawan siap dengan kenyataan media serta tajuk saman yang dia tulis sendiri. Sedangkan tiada siapa pun dari pihaknya yang menghubungi saya untuk beritahu firma guamannya failkan saman terhadap saya.

“Tiba-tiba kenyataan keluar dulu, orang yang kena sama tak tahu apa-apa,” dedahnya. 

image is not available
Tangkapan layar Twitter @abilsuhaimi

Tulis Abil lagi dalam ciapannya, niatnya bukan untuk memburukkan lagi keadaan tetapi apabila melihat muka peguam berkenaan muncul di garis masa media sosialnya, dia menjadi trauma.

“Teringat kejadian hitam yang pernah saya lalui dulu. Dia cuba menabur pasir di periuk nasi saya dan berniat ingin merompak serta-merta. Jadi ayuh Malaysia, kita kasi dia koyak!,” kongsinya lagi. 

image is not available
Tangkapan layar Twitter @abilsuhaimi

Ciapan Abil mengenai peguam ini telah mendapat perhatian warga Twitter dan telah diulang ciap sebanyak hampir 10,000 kali dan mendapat lebih dari 19,000 tanda suka. - Getaran, 19 April 2022