Meta Membuka Kedai Fizikal Pertama Dalam Memudahkan Pengguna Mencuba Peranti, Alami Metamesta

TechnologyDigital
26 Apr 2022 • 5:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini mengumumkan pembukaan kedai fizikal pertama mereka, dinamakan Meta Store. Ia akan dibuka pada 9 Mei di California – sekaligus membolehkan orang ramai mencuba terlebih dahulu pelbagai produk yang ditawarkan oleh syarikat induk Facebook.

image is not available

Antara produk yang sedia dipasarkan pada hari ini adalah termasuk Portal untuk memudahkan panggilan video di rumah, kaca mata pintar Ray-Ban Stories, dan pengalaman alam maya melalui Quest.

Dengan adanya Meta Store ini, ia sekaligus membolehkan orang ramai mencuba dan mengalami pelbagai teknologi terkini – selain turut mendapatkan produk-produk keluaran Meta.

image is not available

Meta Store ini juga turut dibangunkan berhampiran dengan Reaity Labs HQ yang sedang membangunkan arena metamesta. Kedai fizikal ini juga bakal digunakan dalam mempamerkan arena metamesta akan datang kepada orang ramai.