10 tip diet mudah sahur cara Kevin Zahri. Guru dan pelajar boleh tiru langkah ini!

14 Apr 2022 • 3:28 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Diam tak diam, sudah 11 hari umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan.

Dalam tempoh tersebut, sudah tentu pelbagai menu menarik telah dinikmati oleh guru dan pelajar ketika waktu berbuka dan juga bersahur.

Hidangan sedap seperti nasi kerabu, nasi ayam penyek, murtabak, roti jala, roti john, apam balik, onde-onde dan cucur udang adalah antara makanan yang wajib ada di atas meja untuk dimakan bersama keluarga tercinta.

Bagaimana pula bagi mereka yang sedang berdiet? Adakah menu-menu ini sesuai untuk dinikmati pada waktu berbuka dan juga bersahur?

Baca juga

Bagi membantu anda, Sinar Bestari kongsikan 10 tip dan amalan dari pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri ketika bersahur.

Jom tengok apa yang beliau lakukan.

1) Jangan ‘ponteng’ sahur
Ia penting untuk bekalan tenaga dan sunah dalam amalan puasa.

2) 400-600 kalori (kcl)
Cuba target jumlah pengambilan dalam 400-600kcl.

3) Segenggam karbo
Ia sumber tenaga utama badan.

4) Komplex karbo
Memberikan tenaga yang tahan lebih lama. Jadi pilih karbo yang berserat.

5) Protein yang bersih
Protein mengenyangkan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

6) Elak garam
Ia mempercepatkan dehidrasi. Pilih makanan yang ada potassium

7) Elak kafein
Kafein juga mempercepatkan dehidrasi kerana ia diuretik.

8) Elak minuman gas
Minuman ini mengandungi kafein juga.

9) Jangan minum terlalu banyak air
Lebih banyak anda minum, lebih cepat ia akan dibuang. Dua hingga tiga gelas mungkin sudah cukup.

10) Elak suhu melampau (extreme)
Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan mengejutkan sistem penghadaman.

View Original Article