5 Cara Untuk Kekal Kenyang Dan Puas

Food
11 Apr 2022 • 2:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Bulan Ramadan adalah bulan yang mewah dengan makanan. Di sana-sini terdapat bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan menyelerakan.

Dek itulah, ada di antara kita yang berat badannya bertambah beberapa kilogram. Manakan tidak? Setiap kali berbuka puasa, pilihan makanan yang terhidang di atas meja bukannya sedikit. Bahkan, hidangan kurang sihat mendominasi. 

Ada kuih-muih yang manis, goreng-gorengan yang berminyak dan tidak ketinggalan pelbagai jenis lauk-pauk dan minuman yang tinggi kandungan kolesterol, garam dan gula.

image is not available
Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Jika anda benar-benar ingin manfaat ibadah puasa dan mendapat faedah kesihatan, pilihlah hidangan yang sihat, mengenyangkan serta memberi kepuasan.  

Jenama hidangan sandwich popular, Subway, mempunyai sajian yang sihat dan cukup ideal untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini.

Jom semak lima maklumat di bawah mengapa hidangan dari Subway layak dijadikan juadah berbuka puasa. 

 

1. Ia akan membuatkan anda kenyang sepanjang malam!

Pada hari-hari biasa, merancang sajian tengah hari dan malam memang memenatkan! Sepanjang Ramadan, anda perlu pula meredah kesesakan trafik untuk sampai ke rumah. Jadi, dengan badan yang semakin lesu, memasak hidangan berbuka puasa mungkin bukan pilihan anda.  

Sempena bulan puasa ini, cubalah berbuka puasa dengan sajian Sub sepanjang sekaki! Pilihlah perasa atau jenis yang anda gemari.

Hidangan lengkap dengan karbohidrat, protein, dan pelbagai vitamin ini cukup mengenyangkan. Malah Sub ini pasti akan memulihkan tenaga anda selepas seharian berpuasa dan membantu anda bertahan sehingga waktu sahur!

image is not available

 

2. Roti John ‘DIY’ yang lebih berkhasiat 

Roti John merupakan sajian bazar Ramadan yang menjadi buruan ramai untuk berbuka puasa. Jika anda salah seorang peminat hidangan ini, anda mungkin akan jatuh cinta dengan kombo Sub sepanjang sekaki yang mirip dengan hidangan ini. 

Namun, Roti John versi Subway ini lebih menyegarkan. Pilih roti kegemaran anda, padankan dengan potongan ayam bersalut serbuk roti, dan tambahkan satu sudu telur mayonis yang penuh dengan kebaikan telur dan sedikit sos BBQ serta cili untuk rasa pedas tersendiri.

 

3. Kenyang dengan pelbagai sayur-sayuran 

Kita semua sedia maklum bahawa sajian bazar Ramadan memang menyelerakan tetapi mungkin tidak menyediakan khasiat sayur-sayuran yang anda perlukan.

Selain itu, apabila anda berpuasa sepanjang hari, mungkin agak sukar untuk mendapatkan serat dan nutrien yang mencukupi dengan hanya dua hidangan. 

image is not available

Jika anda pernah membeli hidangan Subway, anda pasti tahu kelebihan Sub. Restoran ini memberi kebebasan untuk anda memilih pelbagai jenis sayuran mengikut kegemaran anda.

Jika anda tiada mood untuk roti, anda boleh memilih wrap, atau salad yang tidak melibatkan roti langsung!

 

4. Sajian mewah untuk anda yang bernafsu besar

Selepas seharian berpuasa, selera makan anda pasti bertambah dan adakalanya anda inginkan sajian yang lebih mewah. Apabila anda memikirkan Sub, anda mungkin berpendapat bahawa ia terasa segar dan ringan. Nah, inilah kombo yang akan mengejutkan anda - Sub Stik dan Keju sepanjang sekaki.

image is not available

Boleh minta petugas restoran sertakan satu hidangan mac and cheese dan juga secedok cendawan cincang. Serlahkan rasa Sub anda dengan sedikit sos bawang manis dan jangan takut untuk memesan keju tambahan untuk rasa yang lebih mewah. 

 

5. Lebih enak jika rezeki dikongsi bersama

Akhir sekali, Ramadan adalah masa untuk berkongsi, dari melakukan amal kebajikan hinggalah ke berkongsi makanan dengan orang lain.

image is not available

Ramadan ini, kongsikan Sub sepanjang sekaki atau beberapa biskut dengan orang-orang di sekeliling anda. Sama ada ahli keluarga, teman-teman rapat, jiran, mahupun mereka yang kurang bernasib baik. 

Selamat berbuka puasa. - Getaran, 11 April 2022