“Nak Beli Baju Raya Anak” – Lelaki Kecewa Disaman Sebab Jual Ayam Tak Ikut Harga Ditetapkan

8 Apr 2022 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sering kali kita dengari masyarakat mengeluh dengan kenaikan harga barang yang berlaku dalam negara, lebih-lebih lagi harga ayam di pasaran yang menaik mendadak.

Keluhan itu bukan saja keluar dari mulut pembeli, malah penjual juga turut terkesan apabila harga ayam diletakkan dengan harga yang agak mahal.

Melalui perkongsiaan video seorang lelaki di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang peniaga ayam meluahkan rasa kecewa apabila dirinya disaman oleh pihak berkuasa.

Apa yang membuatkan video itu mendapat perhatian ramai adalah kerana, peniaga tersebut meluahkan duit yang digunakan bagi membayar saman itu sebenarnya disimpan untuk membeli baju raya anaknya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan pihak berkuasa yang datang menyamannya itu kerana memahami itu adalah tugas mereka.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang simpati dengan kejadian yang berlaku ke atas abang tersebut dan juga bersetuju dengan pandangannyanya tentang pihak berkuasa yang menyaman itu tidak bersalah.

Selain itu, mereka turut memuji cara peniaga terbabit berdepan dengan situasi yang terjadi dalam keadaan tenang tanpa berlakunya sebarang perselisihan faham.

image is not available 3 bulan lalu

"Rakyat Perlu Bersedia Kenaikan Harga Ayam Melebihi RM9.10 Sekilogram" - KPDNHEP