DMDI kutuk keganasan terhadap umat Islam di Masjid Al-Aqsa

LocalPolitics
17 Apr 2022 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA - Badan bukan kerajaan (NGO) Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan susulan pertempuran tentera Israel dengan umat Islam di Masjid Al-Aqsa, Jumaat lepas.

Presiden DMDI yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam berkata, tindakan berkenaan adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun kerana ia dilakukan di bulan suci Ramadan.

"DMDI mendesak agar kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak berdiam diri serta segera bertindak untuk memastikan keganasan berkenaan dihentikan serta-merta.

"DMDI yang dianggotai 22 negara di seluruh dunia menyeru seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan melakukan solat hajat agar bantuan Allah tiba untuk membantu saudara kita di Palestin," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.- Bernama