“Tak Malu Betul” – ‘Show Off’ Beli Rumah Umur 22 Tahun, Netizen Kantoikan ‘Youtuber’ Sebenarnya Sewa Je!

11 Apr 2022 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang Youtuber yang sering menimbulkan kontroversi, Aisar Khaled tentang kejayaannya membeli rumah pada usia 22 tahun mendapat perhatian.

image is not available 2 bulan lalu

"Konon Ajak Orang Peluk Islam.." - Netizen Selar Aksi Aisar Khaled Peluk Fify Azmi

Menerusi video tersebut dia berkata mahu membantu anak muda lain berjaya dan membuktikan tiada apa yang mustahil di dunia.

Tiada yang mustahil. Jangan give up and down dengan kata-kata manusia. Buktikan kepada mereka.”

Aisar turut dilihat menandatangani dokumen serta menyerahkan bayaran secara tunai kepada seorang wanita dipercayai agen rumah terbabit.

Namun, menerusi Twitter ramai netizen mentertawakannya kerana tidak malu membuat ‘content’ seolah-olah dia berjaya membeli rumah tersebut.

Gaya dan kata-katanya yang mahu memberi inspirasi itu membuatkan ramai meluat apatah lagi apabila mereka dapat tahu sebenarnya rumah itu bukan hak milik Aisar.

Menerusi komen di TikTok juga ramai netizen mendedahkan bahawa dokumen yang ditandatangani Aisar bukanlah dokumen membeli rumah, sebaliknya ia adalah ‘tenancy agreement’.

Kalau beli rumah sign agreement dekat bank. Bayar deposit dekat pejabat pemaju. Bukan bayar tunai dekat agen.”

View Original Article