Hampir 100 rumah di Bahau rosak dilanda ribut

12 Apr 2022 • 11:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Hampir 100 rumah penduduk di beberapa taman perumahan di sekitar Bahau, Jempol, dekat sini termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, mengalami kerosakan akibat dilanda hujan lebat dan ribut petang Selasa.

Komander Operasi BBP Bahau, Muhamad Rasul Hashim berkata, kejadian kira-kira jam 2.45 petang hingga 4 petang itu, mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk tercabut diterbangkan angin kuat, serta ada rumah yang ditimpa pokok tumbang.

"Ini termasuk di sekitar Taman Bahau, Kampung Baru Indah, Taman Penaga, Taman Merbau dan sekitar pekan Bahau, selain beberapa laluan utama di sekitar kawasan berkenaan turut ditutup sementara, susulan pokok yang tumbang itu.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, pihaknya turut memantau keadaan rumah penduduk yang terjejas, dan menasihatkan mereka supaya sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik dan runtuhan, selain memaklumkan segera kepada pihak berkuasa sebarang kejadian yang berlaku. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved