Apabila kita dengar tentang pelaburan, semestinya ada di antara kita akan mula tunjukkan reaksi muka yang pelik atau kecewa. Kemungkin ada segelintir daripada kalangan rakan kita yang pernah melabur dengan melulu, dan menyebakan kerugian. Ada juga yang sudah mengaut keuntungan yang besar dengan strategi yang betul.
Tidak kisah apa pun daripada golongan, keuntungan adalah satu isu utama dalam melabur. Dah melabur mestilah nak dapat untung kan? Jadi, kita haruslah pilih pelaburan yang sesuai dan dipercayai untuk mengembangkan lagi kewangan kita. Antara pelaburan yang hangat sekarang ialah emas. Kalau dulu kita ada emas untuk dijadikan barang perhiasan wanita. Tetapi sekarang, ianya boleh dijadikan dagangan atau ‘trade’ yang boleh mengaut keuntungan berganda. Jom kita lihat kenapa emas sekarang adalah pelaburan yang bagus:
Emas Lebih Stabil
Jika kita lihat trend harga emas, jarang sekali kita nak lihat ianya jatuh. Antara faktornya adalah kerana nilai emas adalah tinggi di mata semua orang di dunia. Ianya boleh digunakan dalam alatan elektronik dan barang perhiasan yang tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi jikalau beli-belah sebelum perayaan. Beratur panjang beb!
Faktor Perang Ukraine-Rusia
Kesan ini menjadikan ramai pelabur runcit mahupun yang besar beralih kepada emas. Kenapa ya? Ini kerana mata wang Rusia telah diharamkan di seluruh Eropah, menjadikan transaksi yang berlaku sebelum ini dijalankan dengan transaksi alternatif seperti emas dan krypto. Ini adalah kebiasaan yang terjadi pada peperangan sebelum ini. Maka, lebih ramai akan mengeluarkan saham dan bon daripada mata wang kertas dan terus menukar kepada emas. Ironi bukan?

Kegunaan Emas yang Pelbagai
Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang perhiasan, tetapi juga sebagai komponen terkecil di dalam alatan elektronik. Di dalam telefon pintar dan alatan elektronik semuanya menggunakan emas sebagai komponen kerana lebih baik dalam arus elektrik. Ini mungkin sedikit teknikal, tetapi percayalah pembeli emas ini juga terdiri daripada syarikat semi konduktor terbesar di dunia. Faktor ini juga menyebabkan nilai susah untuk jatuh.
Ada juga pelaburan yang bagus selain daripada emas. Ianya terpulang kepada individu yang ingin mengembangkan kewangan mereka dengan lebih cepat. Melaburlah dengan ilmu, nilai labur anda mungkin akan dapat dikurangkan risiko kerugian.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

