Dakwa Lirik Sesuci Lebaran Toksik, Lelaki Ini ‘Disekolahkan’ Warga Twitter

29 Apr 2022 • 6:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lagu raya yang didendangkan oleh Datuk Siti Nurhaliza berjudul Sesuci Lebaran merupakan antara lagu raya terbaik sepanjang zaman. Sudah lebih 20 tahun lagu itu sering menjadi pilihan untuk disiarkan di corong-corong radio setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Namun tular di media sosial apabila seorang lelaki yang mempertikaikan lirik lagu itu dan menyifatkan ianya sebagai toksik untuk didengar.

Hina ke jadi miskin?

image is not available

Lelaki tersebut memuat naik satu video berlatarkan lagu ‘Sesuci Lebaran’ itu mempertikaikan bait lirik ‘bantulah miskin hina’ dan mendakwa ianya merupakan satu penghinaan kepada golongan miskin.

Perkongsian lelaki itu mendapat respon yang negatif dari netizen di Twitter. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan dakwaan lelaki berkenaan dan meminta agar lelaki berkenaan untuk mengkaji maksud bait lirik itu terlebih dahulu.

image is not available

image is not available

image is not available

Walaubagaimanpun, video tersebut telah dipadam lelaki berkenaan di TikToknya selepas mendapat beberapa kecaman dari netizen.

Bulan-bulan baik ni kita bersangka baik sahajalah, mungkin dia ingin menghiburkan pengikutnya di TikTok atau mungkin dia betul betul tidak tahu dengan makna bait lirik itu. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter Ratu Balqis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media