Kelmarin saya terbaca perkongsian daripada seorang pengguna Twitter tentang pengalamannya yang hampir kena scam dengan seorang pembeli dalam talian. Scammer zaman sekarang ni lebih kreatif berbanding dahulu dan wang yang dilarikan atau ditipu juga berkali-kali ganda lebih besar daripada dahulu. Maka, sentiasa berwaspada ya kawan-kawan.
Harini aku nak share benda yg aku kena semalam. Sampai ke harini aku tak boleh brain, mcm mana scammer tu terer boleh fikir benda ni. Disebabkan simple detail yg kita miss, buyer tu terus silap transfer ke scammer. Maybe boleh dijadikan pengajaran utk yg biasa jual beli barang. https://t.co/yqoBgWHOU5 pic.twitter.com/q1KCo1jpvv
Menurut seorang pengguna Twitter @hafizismailz, scammer dalam talian tersebut telah menipu kedua-dua penjual (iaitu pihaknya) dan juga pembeli. Caranya mudah dan akhirnya kedua-dua pembeli dan penjual yang terpaksa ke balai untuk membuat laporan ditipu dan kerugian yang dialami.
Seperti kebanyakan penjual produk sekarang ni, Encik Hafiz telah menyenaraikan produk yang ingin dijualnya iaitu sebuah Apple iPhone 13 Pro 256GB di laman web mudah.my. Tidak lama selepas memuatnaik maklumat telefon pintar berkenaan termasuk harga dan cara jual-beli produk (melalui perjumpaan terus), Encik Hafiz telah menerima mesej daripada seorang pembeli yang berminat dengan iPhonenya.
Melalui mesej di antara mereka berdua, Encik Hafiz bertanyakan lokasi perjumpaan dengan pembeli berkenaan supaya prosedur jual-beli dapat dilakukan dengan mudah dan segera. Namun, pembeli menyatakan yang dia sibuk dan hanya boleh minta “kawannya” untuk mengambil dan memeriksa iPhone Encik Hafiz sebelum pembeli tersebut akan memindahkan wang secara dalam talian kepada Encik Hafiz sekiranya tiada masalah dengan telefon tersebut.
Disebabkan pada hari pertama, pembeli menyatakan dia sibuk dan “kawannya” saja yang boleh datang, Encik Hafiz mengatur hari lain untuk melakukan urusan jual-beli. Encik Hafiz mencadangkan tempat yang berhampiran dengan lokasi tempat tinggal pembeli (di IOI City Mall Putrajaya) bagi memudahkan pembeli untuk membuat urusan jual-beli dengannya. Oleh itu, mereka bersetuju untuk melakukan urusan tersebut keesokan hari.
Esoknya, apabila tiba di lokasi untuk melakukan urusan jual-beli itu, sekali lagi pembeli menyatakan yang “kawannya” akan jumpa dengan Encik Hafiz dan bukan dirinya sendiri. Pembeli tersebut siap beritahu jenis dan warna kereta “kawannya”, iaitu “Civic Merah”.
HERE COMES THE TWIST.
“Kawan” dia ni cerita, dia jumpa iklan kat FB, nak jual fon. Dia deal dgn orang tu nak datang jumpa beli kat IOI. Tapi dia tak dapat datang, kawan dia (iaitu kami) yang akan tolong hantar. Tapi, aku punya cerita lain. Aku pun cerita blabla..
Apabila Encik Hafiz dan Encik “Civic Merah” yang dikatakan “kawan” pembeli bersemuka, barulah terbongkar semuanya. Rupa-rupanya, Encik “Civic Merah” adalah pembeli! Dia telah berkenalan dengan seorang penjual dalam talian di Facebook Marketplace. Penjual itu memuatnaik produk yang sama seperti yang Encik Hafiz letakkan di Mudah. Kemudian, Encik “Civic Merah” telah membayar wang sejumlah RM4,100 kepada scammer tersebut (bernama Azmi) sebelum iPhone tersebut bertukar tangan.
Disebabkan perkara ini, kedua-dua Encik Hafiz dan Encik “Civic Merah” bertelagah sesama mereka kerana masing-masing fikir masing-masing adalah scammer. Perkara ini berlanjutan sehingga ke balai polis Cyberjaya buat suatu jangkamasa. Namun akhirnya, penipuan scammer tersebut terbongkar apabila perbualan di antara Encik Hafiz dan scammer tersebut didengari Encik “Civic Merah” dan dia yakin ia adalah orang sama yang sepatutnya menjual iPhone kepadanya melaui Facebook Marketplace.
Bagi sesiapa yang keliru dengan cerita di atas, Encik Hafiz sendiri ada mengkongsikan infografik bagi memudahkan pemahaman tentang kejadian scam yang berlaku keatasnya baru-baru ini.

Kepada pembeli-pembeli dan penjual-penjual di luar sana, pastikan anda berjual-beli melalui platform yang terbukti boleh dipercayai. Pastikan wang tidak dipindahkan sebelum semua perkara dipersetujui depan-depan dan maklumat semua didapati betul. Kadang-kadang kita perlu ada sedikit persepsi buruk supaya kita lebih berwaspada dan tidak mudah tertipu oleh orang lain — terutamanya orang yang tidak dikenali.
Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini.
Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

